Program Pengurusan Berat Badan Nadi Bantu Peserta Capai Gaya Hidup Sihat
30 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dibawah Perkhidmatan Pintar NADI Kesejahteraan Kendiri telah melaksanakan Program Pengurusan Berat Badan selama 3 bulan khas untuk ahli NADI yang mempunyai BMI 27.5 ke atas. Program ini bertujuan membantu peserta mencapai berat badan ideal melalui pendekatan yang lebih sihat, selamat dan konsisten dengan bimbingan profesional.
Program ini memberi fokus kepada perubahan gaya hidup secara berperingkat, termasuk pemakanan sihat, aktiviti fizikal, pemantauan kesihatan dan pengurusan tekanan. Selain itu, peserta juga akan menerima pelan penurunan berat badan secara peribadi serta sokongan komuniti sepanjang program berlangsung.
Bagi Minggu 1 bertemakan “Kenali Diri Anda”, peserta didedahkan dengan kepentingan memahami tahap kesihatan semasa sebelum memulakan perubahan. Antara fokus utama minggu ini ialah mengetahui berat badan semasa, mengukur lilitan pinggang, memeriksa tekanan darah dan gula dalam badan serta memahami corak pemakanan, tidur dan aktiviti harian.
Peserta turut diberikan tugasan seperti menjalani saringan kesihatan asas di NADI, melengkapkan borang pengenalan diri dan jurnal pemantauan mingguan, serta merekod tabiat harian menggunakan “7-Day Awareness Tracker” dan diari harian sebagai rujukan kendiri.
Melalui program ini, peserta bukan sahaja berpeluang menurunkan berat badan secara lebih teratur, malah dapat meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan membina rutin hidup yang lebih sihat. Program ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada komuniti untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif dan positif demi kesejahteraan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: