dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Animasi dalam Python Siri 3

13 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Program Animasi Dalam Python Siri 3 telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pintar NADI di bawah modul Tiny Techies. Kelas ini berlangsung selama 1 jam.

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan ringkas mengenai objektif program, pengenalan kepada aplikasi mBlock, serta gambaran keseluruhan projek animasi yang akan dibangunkan. Selepas sesi penerangan, peserta meneruskan pembelajaran melalui aktiviti praktikal yang melibatkan pembinaan sebuah animasi berdasarkan jalan cerita SpongeBob dan rakan-rakannya yang berasa teruja selepas menerima sebuah robot bernama Robo-Chef Machine. Namun begitu, kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila robot tersebut mengalami kerosakan secara tiba-tiba. Video animasi yang dihasilkan mempunyai tempoh keseluruhan selama 57 minit.

Bagi tugasan pertama, peserta dikehendaki memuat naik sebanyak 12 sprite yang akan digunakan sebagai watak utama dalam animasi. Selain itu, peserta turut belajar memasukkan latar belakang (background) yang bersesuaian dengan jalan cerita. Dalam sesi ini, peserta juga didedahkan kepada cara mengubah kedudukan watak, melaraskan saiz, serta menyunting imej yang telah dimasukkan bagi memastikan animasi kelihatan lebih menarik dan tersusun.

Seterusnya, peserta diterangkan semula fungsi asas bagi setiap alat (tools) yang terdapat dalam aplikasi mBlock. Para peserta diberikan bimbingan untuk memahami penggunaan setiap blok kod yang diperlukan. Fasilitator turut membimbing peserta satu persatu dalam menetapkan dan menyusun kod pengaturcaraan di dalam lembaran kerja (worksheet) bagi memastikan animasi dapat berfungsi dengan lancar mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, Program Animasi Dalam Python Siri 3 berjaya meningkatkan pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan, penggunaan aplikasi mBlock, serta kemahiran membangunkan animasi digital secara kreatif dan interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.