PERTANIAN PINTAR – MINGGU 6: PEMASANGAN SMART WATERING DEVICE
25 September 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Parit Othman telah melaksanakan satu lagi aktiviti pembelajaran sepanjang hayat melalui kelas kemahiran di bawah inisiatif NADI Mahir. Pada kali ini, sesi pembelajaran telah berlangsung pada jam 9.30 pagi-11.00 pagi . Di samping kursus Pertanian Pintar, NADI Mahir turut menawarkan empat lagi kursus kemahiran lain, iaitu Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Masak dan Mahir Gajet. Kesemua peserta Mahir perlu mengikuti kelas sekali dalam seminggu dengan tempoh 1jam 30minit bagi setiap sesi.
Untuk sesi kelas kali ini, peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai cara pemasangan serta pengendalian Smart Watering Device – sebuah peralatan pintar yang dapat membantu memudahkan proses penyiraman tanaman secara automatik dan lebih efisien.
Selain daripada penerangan teknikal, peserta juga diberi peluang melihat secara langsung peralatan yang digunakan, sekali gus meningkatkan kefahaman terhadap fungsi dan kegunaan alatan tersebut. Setiap dari NADI turut dibekalkan alat ini. Maka setiap peserta boleh terus mencuba sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya. Pendekatan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam mengaplikasikan teknologi pertanian pintar bagi meningkatkan hasil tanaman.
Program seumpama ini bukan sahaja memberi ilmu baharu, malah menyokong usaha memperkukuhkan kemahiran komuniti selaras dengan keperluan semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: