SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA @ NADI
12 September 2025 | Aktiviti TerkiniSambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia tahun ini disambut meriah apabila semua NADI di seluruh Malaysia menjalankan program khas ini secara serentak di seluruh NADI pada 7 September 2025. Tidak terkecuali, NADI Parit Othman juga telah mengikuti program ini dengan kehadiran seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur untuk bersama-sama dalam memeriahkan program ini.
Program ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik yang bertujuan memupuk semangat patriotisme di samping mengeratkan jalinan antara pihak NADI Parit Othman dan komuniti sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk saringan kesihatan, diikuti dengan sesi bergambar untuk merakam kenangan. Peserta turut melakukan senaman ringan bersama Studio Sihat dibawah selian Perkhdmatan Pintar NADI (Wellbeing) sebagai aktiviti pembuka sebelum acara utama bermula.
Seterusnya, program diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, slot pengenalan mengenai NADI dan kuiz khas berkaitan peranan NADI. Aktiviti ini bukan sahaja memberi maklumat kepada peserta, malah mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang kepentingan NADI dalam komuniti setempat. Turut dijalankan pertandingan mewarna berkumpulan bertemakan kemerdekaan. Selain itu, kuiz kemerdekaan turut dianjurkan bagi menguji pengetahuan para peserta tentang sejarah tanah air. Tidak ketinggalan, satu sesi kelas kesedaran e-sukan turut dijalankan sebagai usaha memperkenalkan bidang e-sukan secara sihat dan bermanfaat. Lebih istimewa, program kali ini turut diselitkan dengan siaran langsung bersama YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Secara keseluruhannya, program Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia @ NADI telah berlangsung dengan jayanya di seluruh negara. Bagi peserta di NADI Parit Othman khususnya, penganjuran ini bukan sahaja menjadi wadah meraikan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang tercinta Malaysia, malah turut berfungsi sebagai medium pembelajaran yang menyeronokkan, sihat, dan penuh nilai kebersamaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: