dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kesejahteraan Kendiri : Senaman Ringkas Bersama Tadika Kemas Parit Othman

14 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2025, NADI Parit Othman telah menerima kunjungan singkat daripada Tadika Kemas Parit Othman yang terdiri daripada 16 orang pelajar bersama seorang guru pengiring. Kehadiran mereka bertujuan untuk menyertai program senaman di bawah perkhidmatan Pintar Kesejahteraan Kendiri.

Para peserta mengambil bahagian dalam sesi senaman yang berpandukan melalui saluran Youtube : Studio Sihat menerusi episod “Gerak Sikit, Sihat Lama – Senaman Manja Atok Nenek! | E050”. Senaman ini merupakan rutin ringkas yang mudah diikuti serta sesuai untuk semua peringkat umur. Para pelajar kelihatan sangat gembira dan bersemangat mengikuti setiap langkah senaman dari awal hingga akhir.

Studio Sihat Podcast merupakan inisiatif di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI Kesejahteraan Kendiri. Menerusi akaun YouTube mereka, pelbagai kandungan bermanfaat turut dikongsikan seperti senaman ringkas, podcast, serta tip kesihatan untuk tontonan khas buat semua ahli NADI.

Selain itu, pelajar ini juga diberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan papan kekunci dan tetikus sebagai pendedahan asas komputer. Penerangan ini diharap dapat membantu mereka mengenali fungsi peranti tersebut serta meningkatkan kemahiran teknologi asas sejak usia muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.